Ya Allah ya tuhan kami, Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmat Mu untuk kami pada hari ini dan kekalkan nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.
Ya Allah ya tuhan kami, Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukupnya, kesihatan semulia-mulianya, rezeki semewah-mewahnya, umur setua-tuanya, rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, anugerah sebaik-baiknya, sifat lemah lembut yang sehalus-halus nikmatnya, amal yang sebenar-benar faedahnya. Amin.
No comments:
Post a Comment