Friday, December 04, 2009

pelbagai resepi

Agar agar santan

Bahan bahannya:




  • 1 bungkus agar agar (rendam sehingga kembang)
    5 cawan air
    1 cawan gula merah
    ½ cawan gula pasir
    3 cawan santan
    2 biji telur
    1 helai daun pandan
Cara membuatnya:



  • Masukkan agar agar, air dan daun pandan di dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga agar agar hancur dan mendidih. Masukkan gula merah dan gula pasir. Kacau dan biarkan mendidih. Tapis bahan bahan tadi ke dlm periuk lain. Biarkan mendidih. Sementara itu gaul telur dan santan sehingga sebati.
    Tapis adunan telur dan santan ke dalam adunan agar agar. Kacau dan biarkan mendidih seketika. Tutup api dan tuangkan adunan ke dalam loyang atau acuan. Sejukkan dan potong.

Apam balik

Bahan untuk kulit



  • 2 cawan tepung gandum
    ½ cawan gula
    ½ sudu kecil soda bikarbonat
    1 sudu kecil pewarna kuning
    1 biji telur
    1 ½ cawan air
    ½ sudu teh serbuk penaik

Bahan taburan



  • Sedikit mentega
    1 cawan kacang tanah (dimesin)
    1 tin jagung manis
    ½ cawan coklat urai
    ½ cawan gula pasir

Cara :



  • Kisar gula bersama telur hingga kembang. Masukkan soda, air, serbuk penaik dan pewarna kuning. Kisar hingga sebati. Masukkan tepung dan kisar lagi supaya tidak berketul. Sapu mentega rata mentega pada kuali leper (pan). Panaskan kuali dengan api kecil.

  • Ambil satu senduk adunan tadi dan ratakan pada kuali leper (pan). Biarkan separuh masak.
    Taburkan bahan taburan. Masak hingga kekuningan. Setelah masak,lipat dua. Dan dipotong 4 / 6.

Apam gula hangus


Bahan bahan



  • 1 gelas gula
    ½ gelas air (cairkan gula dan air di dalam kuali dengan api yang kecil sehingga kekuning-kuningan)
    ½ gelas gula
    3 biji telur
    1 gelas santan atau susu segar
    2 ½ gelas tepung gandum
    2 sudu teh soda bikarbonat
    (ayak bersama tepung gandum dan soda bikarbonat)

Cara :



  • Panaskan kukusan. Pukul telur dan gula sehingga naik dan kembang. Masukkan gula hangus dan tepung gandum dan soda bikarbonat. Masukkan santan atau susu segar dan gaul rata. Masukkan adunan kedalam loyang.Kukuskan selama 10 15minit. Sejukkan dan potong.


Apam pisang coklat


BahanBahan



  • 2 cawan tepung gandum
    2 sudu makan cawan serbuk koko
    1 sudu teh soda bikarbonat
    1 sudu teh baking powder (Campur & ayak bahan 1 hingga 4)
    ½ sudu teh garam
    1 cawan pisang emas lecek
    1 cawan minyak masak
    1 ½ cawan gula perang
    2 biji telur (pukul)

Cara :



  • Panaskan kukusan. Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk. Masukkan bahan bahan yang tidak diayak ke dalam adunan tadi. Gaul sebati.Masukkan dalam acuan kecil atau loyang. Kukus selama ½ jam atau sehingga masak

Apam tapai tepung beras


Bahan bahan:



  • 2 cawan tapai pulut
    500 gram tepung beras
    2 cawan gula
    4 cawan air
    1 bungkus garam eno (pelega kembung perut)
    ½ sudu teh pewarna (jika perlu)
    1 biji kelapa muda parut (ambil putih sahaja)
    1 sudu teh garam

Cara :



  • Masukkan gula, air dan tapai ke dalam pengisar. Kisar hingga halus. Masukkan tepung beras dan peram sekurang-kurangnya 4 jam. Kemudian masukan garam eno dlm adunan perapan tadi dan perap lagi selama sekurang-kurangnya 1 jam. Tambah pewarna jika suka, kacau dan masukkan ke dlm acuan. Kukus selama 20 minit. Sementara itu gaul kelapa bersama garam. Setelah apam masak, keluarkan dari acuan dan tabur kelapa parut.

Apam seri ayu


Bahan bahan



  • 3 biji telur
    240 gram gula
    240 ml santan atau susu segar
    1 sudu makan jus pandan
    270 gram tepung gandum
    1 sudu teh ovallate
    1 sudu makan tepung kanji
    1 biji kelapa muda parut (ambilputih sahaja)
    Garam secukup rasa

Cara :



  • Telur dikisar bersama gula hingga kembang. Masukkan santan / susu segar, ovallate dan tepung gandum. Kisar sehingga sebati. Panaskan kukusan dan sapu rata minyak pada acuan. Gaul rata kelapa dan garam. Masukkan sedikit kelapa tadi ke dalam acuan. Tekan hingga padat. Tuang adunan tepung memenuhi acuan tadi. Kukus hingga masak anggaran selama 15 minit. Keluarkan daripada acuan

Badak berendam


Bahan bahan



  • ½ bungkus tepung pulut
    8 helai daun pandan (kisar dan perah patinya)
    ½ biji kelapa parut (untuk dibuat inti)
    3 cawan santan
    1 cawan gula merah
    1 cawan air
    1 sudu teh garam

Cara :



  • Kelapa parut digaul denagn gula merah dan dimasak hingga menjadi inti. Panaskan kukusan. Bancuh tepung pulut bersama air dan pati pandan hingga menjadi doh yang lembut.
    Bentukkan doh lembut bulat bulat dan isi inti di dalamnya. Sementara itu bancuh santan bersama garam. Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuangkan santan di sekelilingnya.
    Kemudian kukus hingga masak. Sejukkan.

Bebola ubi keledek

Bahan bahan



  • 2 cawan ubi keledek (rebus dan lecek)

  • ½ cawan gula pasir

  • 1 biji telur

  • ½ sudu serbuk penaik

  • ½ cawan tepung gandum

  • ½ - 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)

  • Garam secukup rasa
Cara


  • Gaul rata ubi keledek bersama gula. Masukkan telur, tepung sedikit demi sedikit bersama serbuk penaik dan garam membentuk doh. Uli doh hingga tak melekat di tangan. (jika masih melekat, tambah lagi sedikit tepung) Bentukkan doh bulat bulat. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali. Goreng doh yang telah dibentuk sehingga warna keemasan. Angkat dan tos.

Bingka Bakar

Bahan bahan



  • 6 biji telur

  • 1 tin susu cair

  • 2 tin air

  • 4 cawan tepung gandum

  • 2 cawan gula pasir

  • ½ cawan jus pandan

  • ½ cawan bijan (goreng tanpa minyak)
Cara :


  • Kisar semua bahan kecuali bijan dan minyak masak. Sapu acuan atau loyang dengan minyak masak. Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan / loyang. Masuk acuan /l oyang ke dalam ketuhar. Bakar pada suhu 180'C selama ½ jam. Keluarkan dari ketuhar, taburkan bijan dan sambung bakar selama 20 minit atau sehingga nampak masak. Sejukkan dan potong

Bingka Jagung

Bahan bahan



  • 500 gram santan

  • 1 sudu teh garam

  • 3 biji telur

  • 200 gram tepung gandum

  • 100 gram gula

  • 50 gram marjerin

  • 2 sudu makan tepung kastad

  • ½ tin jagung berkrim

  • ½ cawan bijan (goreng tanpa minyak)
Cara


  • Masukkan semua bahan kecuali bijan ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati. Masukkan ke dalam periuk dan masak sebentar di atas api. Sementara itu sapu rata acuan atau loyang dengan marjerin. Tuang adunan ke dalam acuan/loyang. Taburkan bijan goreng di atasnya. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180° selama sejam /hingga masak. Sejukkan dan potong.

Bingka Kastad

Bahan bahan



  • 2 cawan tepung gandum

  • ½ cawan tepung kastad

  • 2 biji telur

  • 1 cawan gula pasir

  • ½ cawan marjerin (cairkan)

  • 410 ml susu sejat

  • 4 cawan jus pandan

  • ½ sudu teh pewarna hijau

  • ½ cawan bijan (goreng tanpa minyak)
Cara


  • Panaskan ketuhar pada suhu 180°c selama 10 minit Kisar kesemua bahan kecuali bijan dan tapis. Sementara itu sapu rata acuan/loyang dengan minyak. Masuk acuan /loyang ke dalam ketuhar. Bakar pada suhu 180'C selama ½ jam. Keluarkan dari ketuhar, taburkan bijan dan sambung bakar selama 20 minit atau sehingga nampak masak. Sejukkan dan potong

Bingka Kukus

Bahan bahan


  • 1 cawan air

  • ½ sudu teh garam

  • 2 cawan ubi kayu parut

  • ½ biji kelapa parut

  • ½ sudu teh pewarna merah
Bahan sira :


  • ½ cawan air

  • 1 keping gula melaka (hancurkan)

  • 1 helai daun pandan, disimpulkan
Cara


  • Panaskan pengukus. Sapu rata minyak pada loyang. Gaul sehingga sebati ubi kayu, air & bahan pewarna. Masukkan adunan kedalam loyang. Kukus selama ½ jam atau hingga masak. Biarkan sejuk. Potong kepada bentuk bentuk yang disukai. Gaul garam bersama kelapa parut. Salut kepingan kepinganbingka dengan. Satukan gula melaka, air & daun pandan dalam periuk lain dan masak hingga larut. Besarkan api dan didihkan hingga menjadi sira yang pekat. Hidang bingka bersama air sira.

Bingka tepung beras

Bahan bahan


  • 2 cawan tepung beras

  • 1 cawan gula pasir

  • 1 sudu teh garam

  • 6 cawan santan

  • 1 helai daun pandan
Cara :


  • Kisar semua bahan kecuali daun pandan sehingga halus. Masukkan daun pandan dan masak sambil dikacau atas api perlahan hingga naik wap. Tutup api dan kacau sehingga kental. Sementara itu sapu rata loyang dengan minyak. Angkat daun pandan dan tuang adunan ke dalam loyang. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar atas bawah pada suhu 180' C selama 1 ½ jam /masak. Sejukkan dan potong.

Bingka tepung gandum

Bahan bahan


  • 6 biji telur

  • 1 tin susu cair

  • 2 tin air

  • 4 cawan tepung gandum

  • 2 cawan gula
Cara :


  • Campur semua bahan, kisar dan tapis. Sapu rata loyang dengan minyak. Bakarkan dalam ketuhar pada suhu 180°c selama 50 minit/masak. Sejukkan dan potong.

Bingka Ubi

Bahan bahan


  • 5 cawan ubi parut

  • 6 cawan santan pekat

  • 3 biji telur ayam

  • 2 cawan gula pasir

  • 1 cawan gula merah

  • 1 sudu teh garam
Cara :


  • Masukkan semua bahan kecuali minyak masak di dalam mangkuk dan digaul rata. Sapu rata loyang dengan minyak masak. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan bakarpada suhu 180'C selama 1 jam/masak. Sejukkan dan potong.


Buah bidara

Bahan bahan

Untuk inti :


  • ½ cawan gula merah

  • ¾ cawan gula putih

  • 2 cawan kelapa parut muda

  • 2 ­- 3 sudu makan tepung gandum

  • 2 helai daun pandan
Untuk kuih :


  • 1 cawan tepung gandum

  • Inti kelapa secukupnya

  • 2 cawan isi keledek (rebus dan lecek)

  • ½ biji kelapa parut (putih sahaja)
Cara :

Untuk inti :


  • Semua bahan untuk inti kecuali kelapa dimasukkan ke dalam periuk.

  • Gaul rata dan masak hingga gula larut serta mendidih.

  • Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Angkat dan ketepikan.
Untuk kuih :



  • Gaul rata keledek dengan tepung membentuk doh. Gentel doh bulat bulat sebesar guli. Isi inti kelapa di tengah tengah doh. Sementara itu jerang air didalam periuk. Rebus doh berinti sehingga timbul dan angkat. Setelah diangkat, gaulkan dengan kelapa parut.


Buah gomak

Bahan bahan

Untuk tepung kacang hijau:


  • 500 gram kacang hijau
Untuk inti:


  • 1 biji kelapa parut

  • 1 keping gula melaka (hancurkan)

  • 200 gram gula merah

  • ½ cawan air
Untuk doh:


  • 1 bungkus tepung pulut

  • 2 cawan tepung kacang hijau

  • Air secukupnya
Cara :

Untuk tepung kacang hijau:



  • Kacang hijau dibuang kulit, dibasuh dan ditoskan. Goreng tanpa minyak sehingga kemerahan. Sejukkan dan mesin sehingga halus. Kemudian diayak.
Untuk inti:



  • Didihkan air, masukkan gula merah dan gula melaka. Kacau hingga gula larut. Masukkan kelapa parut, kacau rata. Tutup api dan ketepikan.

Untuk buat buah gomak:


  • Bancuh tepung pulut dengan air sedikit demi sedikit sehingga sebati. Masak sebentar di atas api. Ambil sejemput tepung pulut tadi dan leperkan. Letakkan inti ditengah tengahnya. Tutup dan leperkan semula. Buat sehingga habis. Sementara itu panaskan air kukusan. Kukus adunan tadi sehingga masak. Angkat dan salut dengan tepung kacang hijau.

Buah Melaka

Bahanbahan


  • 1 bungkus tepung pulut

  • 1 cawan tepung gandum

  • 1 sudu garam

  • ½ sudu teh pewarna hijau

  • 2 helai daun pandan

  • Air secukupnya

  • 2-3keping gula melaka (dipotong dadu)

  • 8) 1 biji kelapa parut (putih sahaja)
Cara :


  • Campurkan kesemua tepung dengan air, pewarna dan garam sehingga menjadi doh. Gentelkan doh sebesar biji guli dan isikan gula melaka ditengah tengahnya. Sementara itu jerang air di dalam periuk. Masukkan daun pandan. Masukkan bebola doh tadi ke dalam air yang mendidih. Bebola timbul apabila masak. Angkat dan salutkan dengan kelapa parut.

Cakoi

Bahan bahan


  • 1 kg tepung naik sendiri

  • 11 gram yis segera

  • 2 cawan air (bergantung kepada kualiti tepung)

  • ½ cawan gula (jadikan air gula)

  • ½ cawan minyak masak

  • ½ sudu teh soda bikarbonat

  • 1 sudu makan serbuk bawang puti (jika suka untuk perisa tambahan)

  • Garam secukup rasa

  • ½ - 1kg minyak masak (untuk menggoreng)

  • Seri kaya dan mentega untuk inti
Cara :


  • Campurkan semua bahan kecuali minyak masak dan bahan inti, uli membentukdoh. Tambah air jika perlu. Biarkan doh selama 20 - 30minit di dalam bekas yangdibalut dengan kain lembab. Panaskan minyak di dalam kuali. Potong doh memanjang dalam ukuran 1”X 4” hingga habis. Cantumkan 2potongan bersama bebentuk 2” X 4” dengan tekanan menggunakan kayu stik (chopstick) yang telah disapu minyak. Goreng doh tadi sehingga keemasan dan angkat. Belah separa antara cantuman tadi dengan pisau. Sapu mentega dan isikan serikaya dalam belahan tersebut.

Kueh cara

Bahan bahan


  • 300 gram tepung gandum (diayak)

  • 1 biji telur (pukul hingga kembang)

  • 1 cawan santan

  • 4 helai daun pandan (kisar dan ambil jusnya)

  • ½ sudu teh pewarna hijau

  • Garam secukup rasa

  • Gula (untuk tabur)

  • Marjerin (untuk sapu pada acuan)
Cara :


  • Masukkan tepung gandum dan telur ke dalam mangkuk dan gaul sebati. Bancuh santan bersama air daun pandan dan pewarna. Masukkan kedalam adunan tepung tadi sedikit demi sedikit. Kacau dan tapis adunan agar tidak bergentil dan pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair. Masukkan garam dan gaul rata. Sapu rata acuan bahulu dengan marjerin. Panaskan acuan. Masukkan adunan ke dalam acuan dan tabur sedikit gula di atasnya. Setelah bahagian tepi kekuning-kuningan bolehlah diangkat. Ambil dua biji kuih cara dan tangkupkan ketika hendak dihidangkan.

Kueh cara berlauk

Bahan bahan

Bahan inti:



  • 1 cawan daging kisar

  • 1 labu bawang besar (potong dadu)

  • 1 ulas bawang putih dicincang halus

  • 1 sudu makan rempah kurma

  • 1 sudu teh minyak

  • Garam secukup rasa

  • Daun bawang (hiris)

  • Cili merah (hiris)
Bahan untuk kuih:


  • 2 cawan tepung gandum

  • 1 cawan santan

  • 2 cawan air

  • 1 biji telur

  • Garam secukup rasa

  • Pewarna kuning
Cara:

Untuk inti:


  • Tumis bawang dan rempah sehingga wangi.

  • Masukkan daging dan garam. Kacau dan biarkan mendidih hingga kering.

  • Angkat dan sejukkan.
Untuk kuih:


  • Kisarkan semua bahan untuk kuih hingga sebati dan tapis. Sapu rata acuan bahulu dengan minyak masak dan panaskan. Tuangkan adunan ke dalam acuan. Masukkan sesudu kecil inti yang telah disediakan. Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang. Tutupkan adunan dgn tudung periuk. Setelah bahagian tepi kekuningan kuningan bolehlah diangkat. Ambil dua biji kueh cara dan tangkupkan ketika hendak dihidangkan

Cek mek molek

Bahan bahan


  • 600 gram keledek (direbus dan dilecek)

  • 2 cawan tepung gandum

  • Gula (untuk inti)

  • Garam secukup rasa

  • ½ ­1 kg minyak masak (untuk menggoreng)
Cara :


  • Campurkan keledek dengan tepung gandum dan garam. Uli hingga jadi doh yang lembut. Ambil 2 sudu makan dan leperkannya. Masukkan gula sebagai inti dan tutup dangulungnya kembali. Lakukan sehingga selesai. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng hingga kekuning kuningan dan angkat.

Cucur badak

Bahan bahan

Untuk inti:


  • ½ biji kelapa parut

  • 100 gram udang kering (rendam dan kisar)

  • 1 ulas bawang putih

  • 3 biji bawang merah

  • 7 tangkai lada merah

  • 1 cm halia

  • 1 batang serai

  • 1 sudu teh serbuk kunyit

  • 2 sudu makan gula

  • ½ sudu teh garam

  • (Bahan 3 hingga 5 kisar bersama ¼ cawan air)

  • 2 sudu makan minyak masak
Untuk doh :


  • 250gram keledek (rebus dan lenyek)

  • 3 ½ sudu makan tepung gandum

  • ½ sudu teh garam

  • ½ ­1kg minyak masak (untuk menggoreng)
Cara :

Untuk inti:


  • Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga menggelegak.
Untuk kuih :


  • Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali. Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.

Cucur udang

Bahan bahan:

Untuk sos :


  • 10 tangkai lada kering (rebus dan kisar halus)

  • 2 ulas bawang putih (ketuk)

  • 1 cm halia

  • 1 sudu teh garam

  • 2 sudu makan gula

  • 2 sudu makan gula merah

  • ½ cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak & kisar separa halus)
Untuk cucur :


  • 1kg tepung gandum

  • 300 gram udang basah (saiz kecil / sederhana)

  • 2 pokok daun bawang (potong kecil kecil)

  • 500 gram taugeh

  • 1 sudu teh baking powder

  • 1 sudu teh garam

  • ½ sudu teh serbuk kunyit

  • Air secukupnya

  • ½ ­1 kg minyak masak (untuk menggoreng)
Cara :

Untuk sos cucur udang :


  • Satukan semua bahan kecuali kacang tanah di dalam periuk. Reneh dan kacausehingga gula larut. Biarkan mendidih seketika. Masukkan kacang tanah. Tutup api dan ketepikan.
Untuk cucur :


  • Campurkan kesemua bahan kecuali udang dan minyak masak di dalam mangkuk. Bancuh pekat dengan air yang mencukupi. Biarkan selama 1 jam. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali. Kaup adunan dengan senduk separa bulat, letak 1 / 2 ekor udang basah di atas adunan. Masukkan ke dalam minyak panas satu persatu. Goreng sehingga keemasan. Angkat dan tos. Hidang bersama sos cucur udang.




Donat


Bahan bahan



  • 500 gram tepung gandum
    1 cawan gula
    1 cawan susu tepung
    ½ sudu teh garam
    1 bungkus yis kering
    1 sudu makan lemak sayur
    1 biji telur (pukul)
    2 sudu makan marjerin
    250 ml air suam
    ½ -1kg minyak masak (untuk menggoreng)
    Gula halus / coklat cair dan coklat urai (pilihan bahan untuk salut)

Cara :


Masukkan tepung, gula, susu, garam dan lemak sayur ke dalam mangkuk. Gaul rata. Masukkan telur, marjerin dan air suam. Gaul rata hingga menjadi doh. Uli doh hingga tidak melekat.Tutupkan dengan kain lembab dan biarkan naik hingga 2 kali ganda. Selepas naik tumbuk tumbuk doh supaya angin keluar. Uli sekali lagi. Bahagikan adunan kepada bebola kecil dan canaikan. Terap mengikut saiz yang dikehendaki. Biarkan adunan naik sekali lagi. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yg sederhana. Goreng donat sehingga keemasan. Angkat dan tos. Salut donat yang telah digoreng dengan gula halus atau sapu coklat pada bahagiana tas donat dan tabur dengan coklat urai


manusia semakin gila



eeee.... geli geleman teman nengok nye weh.....








Thursday, December 03, 2009

Beg tangan wanita




Beg tangan yang dibuat dari kulit tentu mahal. Kadang kadang terlalu mahal dari 'rupa' beg itu sendiri. Penggemar barangan kulit pastinya mendapat kepuasan tersendiri ketika memakai atau memperagakan barangan tersebut.

Tapi taukah anda bagaimana ianya dibuat. Jika ingin tahu, lihatlah gambar-gambar dibawah ini.

Sesudah itu....... fikir fikirkan....





adakah matlamat anda hanya inginkan kepuasan



Wednesday, December 02, 2009

Tandas Awam

kah.... kah..... kah..... ada ka....





Wednesday, November 25, 2009

Video clips - 2

hair style

video

pernah tengok hujan batu

video

burung pandai

video

boghuk

video

Italian child

video

sexy dance

video

yg rajin bela ikan perhiasan boleh buat cam ni

video

do not mess with old people



HOW TO CALL THE POLICE WHEN YOU'RE OLD AND DON'T MOVE FAST ANYMORE.



George Phillips , an elderly man, from Meridian, Mississippi, was going up to bed, when his wife told him that he'd left the light on in the garden shed, which she could see from the bedroom window.

George opened the back door to go turn off the light, but saw that there were people in the shed stealing things. He phoned the police, who asked "Is someone in your house?" He said "No," but some people are breaking into my garden shed and stealing from me.

Then the police dispatcher said "All patrols are busy. You should lock your doors and an officer will be along when one is available." George said, "Okay." He hung up the phone and counted to 30.

Then he phoned the police again. "Hello, I just called you a few seconds ago because there were people stealing things from my shed. Well, you don't have to worry about them now because I just shot them." and he hung up.

Within five minutes, six Police Cars, a SWAT Team, a Helicopter, two Fire Trucks, a Paramedic, and an Ambulance showed up at the Phillips' residence, and caught the burglars red-handed.

One of the Policemen said to George, "I thought you said that you'd shot them!" George said, "I thought you said there was nobody available!"

Don't mess with old people

'sickening trend in Japan'



no comment. fikir sendiri la.


kes ragut



kesian dia... kah... kah... kah...
embeekkkk... .... embeekkkk.....

cara memancing yang unik





tak lenguh ke....


walau apa pun - awas - ketika memancing

takut jadi macam dalam gambar kat bawah ni




Tuesday, November 24, 2009

Jarang dilihat

Bunga kertas memang banyak ditanam dimerata tempat tetapi pernahkah anda melihat pokok bunga kertas yang menjangkau hingga ke bumbung sebuah bangunan tinggi. Ia telah diusahakan oleh seorang kawan yang dulunya bertugas disini (telah VSS).


Rasanya jika bangunan ini lebih tinggi pokok kertas tersebut mungkin akan 'mengikuti' ketinggiannya.


Sila saksikan video clip dibawah ini.





video



Wednesday, October 14, 2009